Gempa bumi: MRCS, BSMM lancar 'rayuan' bantu Turkiye, Syria

Iklan
Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu 'adzam Shah (Kanan)

SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Palang Merah (MRCS) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) melancarkan bantuan 'rayuan' sebagai respons ke atas kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria yang mengorbankan ribuan nyawa.

Setiausaha Agung (BSMM), Hakim Hamza berkata, bantuan itu termasuk menyediakan wang tunai dan barangan keperluan, seperti kit rumah, pemanas, beg tidur, katil, bekalan kebersihan, tuala serta selimut.

Iklan
Iklan

"Justeru, MRCS juga merayu kepada orang ramai dan kerjasama sektor swasta serta organisasi untuk menyokong usaha ini dengan menderma secara murah hati terhadap bantuan 'rayuan' MRCS untuk gempa bumi kedua-dua negara berkenaan.

"Rayuan MRCS untuk gempa bumi Turkiye dan Syria disasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM1.5 juta dalam tempoh dua minggu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, selain sokongan dari segi bantuan, pihaknya juga akan segera bertindak untuk membantu menyelamatkan nyawa.

"Bulan Sabit Merah Malaysia berasa amat sedih dengan kemusnahan gempa bumi baru-baru ini yang melanda Turkiye dan Syria.

Iklan

"Kita mesti bertindak pantas dan bertindak segera untuk membantu menyelamatkan nyawa dan menyokong mereka yang sangat memerlukan bantuan.

"Harapan dan doa buat mereka yang terjejas. Bukan hanya yang kehilangan orang tersayang, mengalami kecederaan, dan kemusnahan ke atas rumah," ujarnya.