Krisis Rohingya: Anwar gesa ASEAN laksana usaha koheren

Iklan
Anwar dan Prayuth mengadakan sidang media bersama sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke Thailand bermula Khamis. - Foto Bernama

BANGKOK - ASEAN harus mengambil usaha yang koheren dan bersepadu sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis Rohingya di Myanmar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya merayu kepada Perdana Menteri (Prayuth), walaupun Thailand mempunyai isu mereka sendiri berhubung sempadan. Kita menghadapi masalah yang sama.

"Ada 200,000 pelarian (di Malaysia) dan amat sedikit yang boleh kami lakukan, kecuali meneruskan apa yang dipanggil penglibatan konstruktif dengan junta Myanmar.

Iklan

"Malaysia mempunyai bilangan pelarian Burma paling ramai. Bagaimanapun, apa yang dapat kami lakukan amat terhad, kerana kami adalah sebuah negara kecil. Ada kebimbangan mengenai isu kemanusiaan, tetapi (kami) mencadangkan agar ASEAN mengambil usaha yang koheren dan bersepadu bersama-sama sebagai sebuah badan serantau,” katanya pada persidangan media bersama pada Khamis.

Anwar berkata, Prayuth berada di kedudukan yang lebih baik bagi menyuarakan kebimbangan rantau ini mengenai Myanmar.

Iklan

Menurutnya, beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya di Brunei dan Singapura semasa lawatan rasminya ke negara berkenaan.

"Bagaimanapun saya boleh dianggap ‘junior’ dalam perkara ini, dan pemimpin (kanan) perlu menyelesaikan isu ini dengan lebih efektif, sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah pelarian. Jika kita tidak dapat menyelesaikannya, kita juga yang terpaksa menanggung bebannya,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia dan Thailand akan meningkatkan kolaborasi dalam keterjaminan makanan dan pendigitalan.

"Malaysia mungkin cemerlang dalam aspek getah dan minyak sawit sebelum ini, namun dari segi keterjaminan makanan, seperti makanan sedia dimakan (MRE), dan juga tenaga - Thailand lebih maju. Kita boleh berkongsi pengalaman,” katanya. - Bernama