Barisan Exco Johor bakal ada rombakan

Iklan
Sr Dzulkefly Ahmad menandatangani plak perasmian Galeri JLand di Bandar Tiram dekat sini hari ini.

JOHOR BAHRU - Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco) di bawah kepimpinan menteri besar baharu, Dr Sahruddin Jamal dijangka bakal menyaksikan beberapa rombakan dilakukan.

Perkara itu dinyatakan oleh Exco Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Sr Dzulkefly Ahmad yang memaklumkan menteri besar ada menzahirkan cadangan untuk menggabungkan semula portfolio perumahan dan kerajaan tempatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun semua itu terletak sepenuhnya kepada budi bicara beliau untuk membuat pindaan terhadap senarai Exco Kerajaan Johor atau portfolio yang akan dipertanggungjawabkan.

"Saya difahamkan pihak menteri besar bercadang untuk menggabungkan kembali di antara perumahan dengan kerajaan tempatan.

Iklan

"Tapi ini adalah sepenuhnya budi bicara kepada menteri besar yang baharu untuk sama ada membuat pindaan kepada senarai Exco, ataupun portfolio Exco itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas hadir program Walk With Love For Nature dan perasmian pembukaan Galeri Jualan Johor Land (JLand) Bandar Tiram di sini, hari ini.

Dzulkefly berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya dipertanggungjawabkan oleh menteri besar untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan.

Iklan

"Sebab asasnya latar belakang (pendidikan) saya adalah meliputi untuk perumahan dan kerajaan tempatan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan menteri besar sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu, katanya, beliau ada meminta pandangan daripadanya sebelum ini.

"Dan saya memberi pandangan berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman,” katanya.

Dzulkefly berkata, kuota Exco Kerajaan Johor telah Pakatan Harapan (PH) peruntuk dan tetapkan daripada awal sebaik sahaja berjaya membentuk kerajaan di negeri ini, pasca Pilihan Raya Umum (PRU14) pada tahun lalu.

Katanya, barisan Exco Kerajaan Johor terdiri 11 wakil rakyat PH termasuk jawatan menteri besar (daripada Bersatu) selain seorang Speaker Dewan Negeri Johor (daripada Amanah).

"Daripada Bersatu kita ada tiga, Amanah (dua), Dap (empat) kemudian PKR (dua). Ini adalah kuota yang telah dipersetujui di peringkat PH.

"Secara umumnya, pemahaman saya adalah kuota ini akan kekal seperti apa yang telah dipersetujui, tinggal kemungkinan individu yang akan mewakili kuota-kuota bagi setiap parti itu mungkin berbeza dan termasuk juga portfolio,” katanya.

ADUN Kota Iskandar itu menegaskan, dari segi kuota untuk Exco Kerajaan Johor dan Speaker Dewan Negeri Johor adalah sebagaimana yang telah dipersetujui.