Kelindan maut tercampak sebelum digilis lori

Iklan
Kelindan lori maut selepas kenderaan dinaikinya melanggar belakang treler dalam nahas di Tapah pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM

TAPAH - Seorang kelindan maut selepas lori dinaikinya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 350.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, mangsa, S Umabathi, 41, beralamat di Ayer Tawar, Manjung, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 49 tahun pula cedera di bahagian bahu, tangan serta kaki kanan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori muatan ikan itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh.

Menurutnya, impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar menerusi cermin hadapan sebelum digilis lori.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tapah untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah lori.

Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan kerja menyelamat dijalankan dengan menggunakan pengusung bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.