Dua remaja Florida ditahan rancang pembunuhan

Iklan
Dua remaja perempuan dari Sekolah Menengah Avon Park Florida di Amerika Syarikat ditahan kerana merancang pembunuhan. - Foto WFLA

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Dua remaja perempuan dari Florida ditahan ekoran rancangan membunuh sembilan orang, lapor media tempatan.

Kedua-dua remaja berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Avon Park itu ditahan Rabu lalu apabila seorang guru menemukan nota lengkap pembunuhan terbabit yang dilabelkan 'Info Sulit', 'Jangan buka' dan 'Projek 11/9'.

Iklan
Iklan

Dalam nota tulisan tangan berkenaan, kedua-dua mereka telah menulis nama sasaran serta rancangan lengkap untuk membunuh mereka.

Selain itu, terdapat juga rancangan untuk mendapatkan senjata, menghapuskan bukti dan cara membuang mayat.

Iklan

Mereka turut merancang pakaian yang akan dipakai ketika melakukan pembunuhan terbabit.

Setiap mereka berdepan sembilan tuduhan konspirasi melakukan pembunuhan dan tiga tuduhan konspirasi melakukan penculikan dan akan dihadapkan ke mahkamah.

Iklan

Jurucakap Pejabat Sherif Highland County, Scott Dressel berkata, kes sedemikian harus dipandang serius dan diberi perhatian. - Agensi