Udang galah Sungai Kedah dituba

Iklan
Gambar kiri: Antara gambar yang dikongsi pengguna Facebook di kawasan Kubang Sepat,Kubang Pasu. Gambar kanan: Antara udang galah yang mati akibat kegiatan menuba udang.

ALOR SETAR - Kegiatan menuba udang galah dikesan semakin aktif di sekitar Sungai Kedah.

Kegiatan terbabit dilaporkan berlaku dari kawasan Bukit Pinang hingga ke kawasan Anak Bukit dan Kubang Sepat di daerah Kubang Pasu.

Iklan
Iklan

Pejabat Perikanan Negeri Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil serius aduan yang diterima berkaitan kegiatan menuba udang galah di sekitar sungai Kedah yang semakin aktif kebelakangan ini.

"Cara-cara mengenali udang galah yang diracun adalah melalui pengamatan kepada rupa bentuk mata udang galah yang mengecut atau pecah akibat kesan racun yang dituang ke dalam sungai," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, pihaknya akan menjalankan operasi penguatkuasaan segera bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dan tidak membawa kemudaratan.

"Kegiatan menuba ini adalah salah di bawah Kaedah-kaedah Perikanan (Perikanan Sungai) 1990 dan jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Iklan

"Orang ramai diseru memantau dan melaporkan kejadian tuba udang yang berlaku ke pejabat perikanan terdekat.

"Maklumat juga boleh disalurkan terus ke Pusat Kawalan Operasi yang beroperasi 24 jam di talian 03-8870 4058," katanya.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial Facebook terdapat beberapa hantaran tentang aktiviti terbabit yang menjadi kerisauan penduduk.