Drawbridge nyala lampu merah tanda solidariti buat Turkiye

Iklan
Drawbridge dinyalakan lampu merah tanda solidariti buat Turkiye, Syria yang dilanda gempa bumi besar. Foto: Pengurusan drawbridge

KUALA TERENGGANU – Pengurusan Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge mengambil inisiatif memasang lampu berwarna merah sempena warna bendera Turkiye pada malam Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud berkata, usaha itu sebagai tanda keprihatinan serta solidariti kepada Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi besar hingga mengorbankan lebih 20,000 orang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, nyalaan lampu berwarna merah itu dibuka bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam dan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

"Ini sebagai solidariti tanda kebersamaan Malaysia khususnya Terengganu terhadap mangsa yang kini berada dalam kesedihan akibat tragedi yang sangat menyayat hati di dua negara tersebut.

Iklan

Khalizan turut menitipkan doa agar semua mangsa gempa bumi yang masih terperangkap dapat ditemui dan diselamatkan dengan segera.

"Bagi pasukan penyelamat yang kini bertungkus lumus di tapak bencana pula, kita harap urusan mereka dalam mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dapat dipermudahkan,” katanya.

Iklan

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada Isnin dan pusat gempa dikesan pada 23 kilometer timur Nurdagi, wilayah Gaziantep.

Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah - Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa untuk memastikan misi mencari dan menyelamat berjalan lancar.