Pembuatan gula melaka

Iklan
Esah Adam, 68, menuang manisan yang masih panas ke dalam 'kerek' (daun mengkuang yang dilingkar menjadi bentuk bulat) untuk disejukkan semasa proses pembuatan manisan (gula melaka) yang dimulakan sejak 40 tahun lalu ketika tinjauan di Kampung Batangan hari ini.

Beliau masih mengekalkan penggunaan dapur kayu bagi memelihara mutu dan keaslian rasa manisan yang diperbuat daripada air nira kelapa.

Beliau berkata setiap minggu beliau hanya mampu menghasilkan kira-kira 500 'kerek' manisan untuk pelanggan tetapnya yang datang daripada Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Harga yang dijual untuk manisan asli pada harga RM6 satu kerek manakala campuran gula hanya RM1.40 satu kerek. - Foto Bernama.