'Bila tenang, maka kuat hatinya' - Fadzillah Kamsah

Iklan
Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah meluangkan masa bercuti di Dubai Desert Safari bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah. - Sumber foto IG Puteri Sarah Liyana

PAKAR motivasi terkenal, Datuk Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan kata-kata semangat buat pelakon, Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan dengan dugaan rumah tangga.

Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah meluangkan masa bercuti di Dubai Desert Safari bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah.

Iklan
Iklan

"Tenangkan dirimu dalam segala situasi karena ketenangan adalah kekuatannya,” kongsinya.

Bagaimanapun, kapsyen itu telah menarik perhatian pakar motivasi berkenaan yang kemudian membalasnya dengan kata-kata positif.

Iklan

"Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat.

"Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak,” tulis beliau.

Iklan

Dalam pada itu menerusi ruangan komen yang sama, ibu mentuanya, Datin Patimah juga turut menyatakan perasaan sebaknya selepas melihat foto percutian itu.

Sementara itu, pengikut Instagram Puteri Sarah juga memberikan ucapan semangat buat dirinya serta ibu mentua.

"Hatinya terlalu sakit, mungkin sedang melawan segala derita jiwanya. Semoga ALLAH melindungi Puteri Sarah dan anak-anak,” komen seorang pengikut.

"Nampak je gembira, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Datin kekuatan cucu-cucu dan menantu. Satu dalam sejuta, mak mentua baik pun satu rezeki buat Puteri Sarah,” tulis seorang lagi.

Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini. - Awani