Sultan Johor mahu pihak berkuasa tingkat rondaan

Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu pihak berkuasa mempertingkat serta memperketatkan rondaan di sekitar perairan negeri ini, titah baginda kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook rasmi.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahu pihak berkuasa mempertingkat serta memperketatkan rondaan di sekitar perairan negeri ini.

Titah tersebut bagi mengelakkan pembuangan sisa minyak kapal yang mengakibatkan pencemaran laut.

Iklan
Iklan

Baginda Tuanku bertitah, pencemaran akan memberi pelbagai kesan negatif kepada laut dan juga hidupan marin, selain turut menjejaskan pendapatan golongan nelayan.

"Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan rondaan bagi mencegah aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki kerana ia akan memberi pelbagai kesan negatif,” titahnya kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook rasminya di sini, hari ini.

Iklan

Sultan Johor bertitah sedemikian sebagai merujuk kepada kejadian tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan serta hukuman berat terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan itu.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Laut Wilayah Selatan menemui tompokan tumpahan kira-kira 300 tan minyak bahan api marin sepanjang kira-kira 10 kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar, dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki.