Subsidi haji: Kerajaan perlu terus terang

Iklan
Zamri

SHAH ALAM- Pemberian subsidi sebanyak 38 peratus oleh Tabung Haji (TH) kepada jemaah yang terdiri daripada kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) memperlihatkan bahawa kerajaan sedaya upaya memastikan seluruh rakyatnya dapat menunaikan ibadah tersebut.

Pendakwah bebas, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, bagaimanapun dengan kenaikan kosnya kini, kerajaan perlu telus dalam menerangkan had kemampuan mereka dalam memberikan faedah tersebut.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, sekiranya perlu, kerajaan boleh memotong subsidi berkenaan disebabkan kekangan kewangan, namun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik kerana dikhuatiri memberi kejutan kepada rakyat.

"Akan tetapi dalam isu ini, mereka perlu tahu yang kerajaan tidak selalunya berupaya memberikan subsidi tersebut, maka rakyat juga perlu ada kesedaran untuk lebih membuat simpanan,” katanya ketika program Di Sebalik Isu: Mampukah Tabung Haji terus subsidi jemaah yang dihoskan Finaz Yunus.

Iklan

Turut diundang sebagai panelis, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Nik Mohd Hasyudeen.

Dalam pada itu, Mohd Zamri berkata, sekiranya subsidi itu dipotong dan jumlah tabungan rakyat masih belum mencukupi, maka mereka harus akur untuk dikategorikan sebagai individu kurang berkemampuan untuk menunaikan haji.

Iklan

"Menerusi hal ini, kerajaan perlu memberi pemahaman berterusan kepada mereka supaya dapat menerima perkara ini jika pemotongan subsidi dilaksanakan serta dalam masa yang mendidik mereka untuk terus menabung sehingga benar-benar berkemampuan,” ujar beliau.