Udang galah dituba waktu malam, dijual murah RM50 sekilo

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

ALOR SETAR - Kegiatan menuba udang galah dikesan semakin aktif di sekitar sungai Kedah.

Kegiatan terbabit dilaporkan berlaku dari kawasan Bukit Pinang hingga ke kawasan Anak Bukit dan Kubang Sepat di daerah Kubang Pasu.

Iklan
Iklan

Penduduk, Muhammad Shauqee Che Halim, 30, berkata, kegiatan menuba udang galah ini mulai aktif beberapa hari lalu di sekitar Kampung Kubang Sepat.

Katanya, kegiatan terbabit bukan perkara baharu kerana ia berlaku sejak 2010 iaitu setiap kali tibanya musim kemarau.

Iklan

"Aktiviti ini selalunya dibuat pada lewat malam, yang kita risau bila dituba, populasi udang galah akan terjejas.

"Selain itu, sungai ini pula jadi 'port' pemancing udang galah dan penduduk kampung menjala ikan, jadi hasil tangkapan mereka turut terkesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, udang galah yang dituba itu akan dijual pada harga serendah RM50 sekilogram.

Muhammad Shauqee berkata, udang yang tidak dibilas dengan baik akan memberi kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

"Kita takut udang yang mabuk atau mati tu penduduk kampung kutip dan bila tidak dibilas dengan air, akan bahayakan kesihatan," katanya.

Tegasnya, tindakan segera perlu diambil oleh pihak terlibat agar kegiatan berkenaan tidak berleluasa di kawasan- kawasan lain.