NBL 2023 dapat suntikan moral Korea Selatan

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Skyline Sports Inc, JE Hoon Lah (kiri) serta Sazali (dua DARI kanan) pada majlis MOU antara BFM dan Skyline Sports Inc. - Foto Persekutuan Besbol Malaysia

LIGA Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 mendapat suntikan moral selepas pengeluar peralatan sukan dari Korea Selatan, Skyline Sports Inc, bersetuju untuk menaja bola besbol yang akan digunakan sepanjang saingan liga.

Majlis tandatangan persefahaman antara Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dan Skyline Sports Inc ini berlangsung di pejabat BFM di Denai Alam, Shah Alam.

Iklan
Iklan

Antara perkara utama di dalam perjanjian persefahaman ini, adalah penajaan strategik selama 10 tahun, bantuan teknikal dan rangkaian kerjasama dari Korea Selatan ke BFM.

Ini amatlah bermakna bagi BFM untuk menjalinkan kerjasama dan mendapat bantuan professional dari badan-badan besbol utama dari negara gergasi besbol seperti Korea Selatan.

Iklan

Untuk rekod, ini adalah julung kalinya penajaan pertama syarikat gergasi dari Korea Selatan itu di Malaysia khususnya dalam liga besbol tempatan.

Sementara itu, Presiden BFM, Sazali Husain menyifatkan detik tersebut merupakan yang bersejarah buat besbol Malaysia.

Iklan

"BFM amat teruja apabila buat julung kalinya membentuk kerjasama strategik bersama syarikat bola besbol gergasi antarabangsa Skyline Sports Inc. Kini kita sudah ada logo sendiri di setiap bola yang akan digunakan untuk liga kebangsaan NBL 2023 dan juga untuk latihan pasukan negara.

"Dengan kerjasama ini, pemain-pemain besbol tempatan juga berpeluang menggunakan bola yang berkualiti tinggi setaraf kejohanan antarabangsa. Ini juga membuktikan liga besbol tempatan mampu menarik kerjasama strategik antarabangsa. Diharap kita dapat menarik lebih banyak lagi kerjasama strategik antarabangsa di masa akan datang,” katanya.

Bola berkenaan akan digunakan bukan sahaja semasa pertandingan tetapi juga semasa sesi latihan pasukan negara.

Para penggiat dan peminat besbol tempatan boleh mendapatkan bola ini dengan membelinya di laman sesawang BFM.

Sebelum ini NBL 2023 telah mendapat penajaan daripada syarikat tempatan Aeon Big (M) Sdn Bhd dan Bubbles02 Sdn Bhd sebagai penaja utama.