Transformasi baharu cukai jalan, lesen memandu digital

Iklan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kementerian Kewangan, pada Jumaat. - Foto Bernama

KEMENTERIAN Pengangkutan sekali lagi mencuri perhatian rakyat setelah mengumumkan yang pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan dan kad lesen secara fizikal.

Menterinya, Anthony Loke pada Jumaat berkata, sebaliknya mereka hanya perlu menggunakan mod paparan digital yang boleh didapati menerusi Portal Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi MyJPJ.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut sekali gus memberi nafas lega buat sebahagian besar rakyat Malaysia yang sebelum ini terpaksa beratur panjang sehingga berjam-jam di kaunter jabatan berkenaan hanya semata-mata hendak mendapatkan dokumen berkenaan.

Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung dilihat berupaya merancakkan lagi perkembangan digitalisasi di Malaysia terutama melibatkan perkhidmatan agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pejabat Tanah serta Galian.

Iklan

Menyentuh mengenai digitalisasi, teknologinya itu bukan sesuatu yang asing buat rakyat memandangkan telah memberi kesan dari segi sektor pendidikan dan perindustrian.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada 2020 membuka ruang fleksibiliti dengan kewujudan sistem pembelajaran atas talian bagi setiap peringkat dan juga amalan kerja dari rumah.

Iklan

Namun di sebalik rancaknya teknologi berkenaan, beberapa masalah turut didapati seperti disiplin dan komunikasi ketika pembelajaran.

Apapun, penguatkuasaan pendigitalan bagi dokumentasi pengguna jalan raya itu diharapkan sentiasa mendapat penambahbaikan dan pemantauan dari pihak kementerian supaya tidak dapat mendatangkan kesulitan kepada rakyat pada masa akan datang.