Thiago sambung khidmat di Stamford Bridge

Iklan
Thiago

PEMAIN pertahanan Chelsea, Thiago Silva telah menandatangani lanjutan kontrak setahun yang mengekalkan bintang Brazil berusia 38 tahun di Stamford Bridge sehingga 2024, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Bekas bek tengah AC Milan itu yang telah bermain 106 kali untuk Chelsea, menyertai The Blues pada 2020 dari Paris St-Germain (PSG), merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara menjelang akhir musim itu.

Iklan
Iklan

"Saya tidak dapat membayangkan itu, namun sebenarnya ia saat yang sangat istimewa untuk saya menandatangani dan kekal di Chelsea," kata Silva yang turut memenangi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada 2021.

Dia memiliki 113 caps dan menjadi kapten Brazil pada Piala Dunia 2022 ketika tewas kepada Croatia pada suku akhir di Qatar.

Iklan

"Dia seorang bakat bertaraf dunia, kerana dia telah terbukti selama bertahun-tahun untuk kelab dan negara, dan pengalaman, kualiti dan kemahiran kepimpinannya adalah penting untuk visi Chelsea ke hadapan," kata pengerusi Chelsea, Todd Boehly.

Chelsea yang berada di tempat kesembilan liga akan berdepan kelab London, West Ham United pada Sabtu sebelum bertandang ke Borussia Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Juara pada Khamis.

Iklan