Enam kedai hangus di Kampung Gajah

Iklan
Deretan enam kedai hangus dalam kebakaran di Taman Malinja, Kampung Gajah pada Jumaat. - Foto ihsan bomba

PASIR SALAK- Enam kedai separa kekal hangus dengan tiga daripadanya musnah 90 peratus dalam kebakaran di Jalan Ulu Dedap, Taman Malinja, di sini pada Jumaat.

Kejadian itu melibatkan kedai menjual barangan runcit, perkakasan dan perabot.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.55 malam.

Anggota menjalankan pemadaman melibatkan enam kedai separa kekal di Taman Malinja, Kampung Gajah. - Foto ihsan bomba


"Tindakan pemadaman dilakukan menggunakan aliran air daripada tangki jentera dan sumber pili bomba sehingga api berjaya padam sepenuhnya," katanya.

Iklan

Menurutnya, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

"Operasi yang berlangsung lebih enam jam itu melibatkan bantuan daripada BBP Teluk Intan, BBP Tapah dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, PBS Ayer Tawar serta PBS Pantai Remis.

Iklan

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.