Lans koperal terima 13 jahitan dirempuh 'Mat Pet'

Iklan
Suspek (kiri) membuat pusingan 'U' selepas melihat SJR Op Bersepadu di Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang, berhampiran Taman Tengku Anis namun hilang kawalan dan melanggar anggota polis yang sedang bertugas.

PASIR MAS - Seorang lans koperal terpaksa menerima 13 jahitan akibat dilanggar seorang remaja dipercayai positif dadah semasa menjalankan sekatan jalan raya (SJR) Op Bersepadu di Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang, berhampiran Taman Tengku Anis pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Lans Koperal Nasim Aiman Nor Resat menerima 13 jahitan di bahagian betis sebelah kanan selepas dirempuh motosikal jenis Honda Wave ditunggang suspek berusia 19 tahun yang cuba melarikan diri dari SJR.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, suspek membuat pusingan 'U' selepas melihat SJR berkenaan namun hilang kawalan dan melanggar anggota polis yang sedang bertugas.

Menurut beliau, suspek dipercayai melarikan diri kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan merupakan seorang warganegara Thailand.

Iklan

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif methapethamine," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 332 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Pihak polis memandangkan serius kejadian ini yang mana melibatkan warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen diri menunggang atau memandu kenderaan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

"Kami akan mengambil tindakan tegas bagi menangani penglibatan warga asing dengan kejadian-kejadian jenayah dan dadah," katanya.