Messi, Mbappe, Benzema bersaing jadi Pemain Lelaki Terbaik FIFA

Iklan
Messi

PENYERANG Argentina, Lionel Messi berada dalam senarai pendek bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), disertai rakan sepasukan Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema, umum badan induk bola sepak dunia itu.

Perkembangan terkini itu menyaksikan Messi berpeluang memenangi trofi The Best keduanya selepas membawa Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia ketiga selepas menewaskan Perancis di Qatar pada final tahun lalu.

Iklan
Iklan

Messi juga menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan itu sekali gus memperoleh Anugerah Bola Emas.

Pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Mbappe dan pemenang Ballon d'Or 2022 Perancis, Benzema muncul buat pertama kali dalam kalangan tiga finalis.

Iklan

Sementara itu, pemain tengah Sepanyol, Alexia Putellas berpeluang meraih Anugerah Pemain Wanita Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut walaupun diketepikan sejak Julai selepas mengalami kecederaan lutut.

Penyerang Beth Mead turut dicalonkan selepas membawa England merangkul kejuaraan Euro 2022 sebagai penjaring terbanyak kejohanan dan pemain terbaik kejohanan.

Iklan

Penyerang Amerika Syarikat, Alex Morgan, yang merupakan finalis pada 2019, melengkapkan senarai itu.

Untuk rekod pemenang akan diumumkan semasa majlis di Paris pada 27 Februari.