Operasi pencarian lelaki terjatuh di Sungai Kuantan diteruskan

Iklan
Operasi mengesan mangsa dilakukan di kawasan sungai sekitar lokasi mangsa terjatuh dari Jambatan Tanjung Lumpur dalam kejadian petang Jumaat.

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Tanjung Lumpur di Sungai Kuantan, diteruskan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat saksi, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat apabila mereka melihat seorang lelaki lingkungan 40-an memanjat pagar jambatan sebelum terjatuh.

"Ada saksi yang kebetulan sedang memancing di bawah jambatan terlihat mangsa terjatuh ke dalam sungai dan terkapai-kapai sebelum tenggelam.

Iklan

Anggota bomba melakukan pencarian di sekitar lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.


"Operasi SAR digerakkan jam 8 malam melibatkan pasukan penyelamat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pasukan Polis Marin dan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

"Pencarian tertumpu kepada rondaan di sekitar tempat kejadian serta pemantauan dari atas jambatan serta pencarian di kawasan sungai menggunakan bot," katanya.

Iklan