UMNO bukan 'pak turut' dalam Kerajaan Perpaduan

Iklan
Mohamed Khaled (kanan) diringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Baharudin Mohamed Taib menandatangani plak sebagai simbolik merasmikan Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa UMNO kini menyanjung mulia apa saja dibuat Kerajaan Perpaduan walaupun ia tidak munasabah.

Pengerusi UMNO Johor itu menegaskan, UMNO juga bukan 'pak turut' dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menghormati semua parti dalam Kerajaan Perpaduan kerana sebarang keputusan dibuat adalah secara bersama melalui proses perbincangan.

Iklan
Iklan

"Tidak timbul soal UMNO hanya sekadar pelengkap kuota kerajaan hari ini. Ismail Sabri boleh zahirkan pandangan dia, tetapi pokoknya sekarang ialah kerajaan campuran. Jadi sudah tentu apa sahaja yang dicapai bergantung kepada perbincangan dan persetujuan bersama.

"Tetapi kalau dalam situasi itu nak kata UMNO jadi pak turut adalah tidak benar sama sekali kerana semua keputusan dibuat kerajaan adalah hasil perbincangan bersama," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 di Bandar Seri Alam, di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, Ismail Sabri dalam Fecebook miliknya berkata, tiada satu pun kepimpinan UMNO mengkritik Kerajaan Perpaduan hari ini yang memiliki enam menteri daripada parti itu termasuk seorang Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, sekiranya Ismail Sabri mahu memberikan pandangan beliau UMNO boleh menyalurkannya menerusi pentadbiran kerajaan hari ini atau melalui saluran parti dan bukannya melalui media.

Iklan

"Kalau kita mahu jawab semua dakwaan beliau memang kita boleh jawab, tetapi saya rasa media bukan tempatnya," tambahnya Ahli Parlimen Kota Tinggi itu.