Polis semak cukai jalan, lesen memandu guna peranti MCOPS

Iklan
Melalui peralatan MCOPS, anggota boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Penguatkuasaan bagi menyemak Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) dilaksanakan menggunakan peranti khas sistem pembayaran kompaun dalam talian (MCOPS).

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi kenyataan memaklumkan individu kenderaan persendirian hanya perlu menunjukkan lesen kenderaan motor atau lesen memandu melalui aplikasi tanpa menunjukkan dokumen fizikal.

Iklan
Iklan

"JSPT melalui peralatan MCOPS boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySikap JPJ atau paparan kod QR semakan nombor kenderaan dan nombor pengenalan.

"Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyJPJ melalui App Store, Play Store, Huawei App Gallery dan portal JPJ," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ itu disambut baik pihaknya.

"Kaedah pendigitalan ini sekali gus dapat meringankan kesulitan orang ramai semasa berurusan di kaunter," katanya.

Iklan

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian milik warganegara kini boleh menggunakan mod paparan digital yang boleh didapati melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ.

Menerusi inisiatif itu, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi akan dikuatkuasakan.