Tikus 'sambut' pelanggan, restoran makanan segera diarah tutup

Iklan
Gambar tikus muncul 'menyambut' pelanggan di kaunter pandu lalu tersebut tular di media sosial.

SHAH ALAM - Gara-gara seekor tikus muncul 'menyambut' pelanggan di kaunter pandu lalu, sebuah restoran makanan segera di Kota Kemuning di sini diarah tutup selama 14 hari sehingga 21 Februari ini.

Notis arahan penutupan premis itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang yang turun ke lokasi selepas video tikus di kaunter pandu lalu itu tular di media sosial.

Iklan
Iklan

PKD Klang ke restoran berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mengarahkan restoran ditutup selama 14 hari bermula 8 hingga 21 Februari, mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Notis arahan penutupan itu turut tular di platform media sosial seperti Twitter dan Facebook sejak beberapa hari lalu malah diulang kongsi di media sosial berkenaan.

Iklan
Iklan