DENGKIL – Bagi menghargai pelanggan setianya, LBS Bina Group Berhad melancarkan program ‘Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite’.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Cynthia Lim berkata kolaborasi pertama yang diadakan bersama syarikat perabot terkemuka itu akan akan membolehkan pemilk kediaman LBS bakal berpeluang memenangi tajaan ubah suai rumah bernilai RM150,000.
Menurut Cynthia pihaknya percaya ini salah merupakan salah satu usahanya pihaknya untuk menyantuni pembeli yang menjadikan LBS sebagai pilihan mereka.
"Program ini terbuka kepada semua pembeli rumah LBS dan pemenang bertuah berpeluang untuk mengubah suai rumah mereka dengan pilihan reka bentuk ruang tamu hingga ke set bilik tidur yang dianggarkan bernilai RM25,000 setiap satu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program ‘Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite’ yang diadakan di KITA @Cybersouth di sini pada Sabtu.
Turut hadir Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming.
Cynthia berkata, Goodnite ialah jenama nasional terkenal yang mengeluarkan peralatan tempat tidur dan perabot berkualiti.
"Kami bangga dengan kerjasama ini kerana soal susun atur dan dekorasi dalaman adalah perkara penting bagi memastikan seisi rumah selesa.
"Selain daripada membina rumah yang berkualiti dan mampu milik, LBS sentiasa mencari kaedah untuk memberi nilai tambah kepada komuniti kami, terutamanya kepada pelanggan kami.,” kata Cynthia.
Tambahnya lagi, kerjasama seperti ini membolehkan kami memberi ganjaran kepada mereka dengan cara yang inovatif dan selain memberi inspirasi kepada pelabur hartanah untuk terus bersama kami,”katanya
Jelas Cynthia, meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak seberapa, pada tahun lalu LBS berjaya memperolehi RM2 bilion menerusi hasil jualan rumahnya.
"Keuntungan memberangsangkan ini memberi kami semangat untuk teruskan menghasil rumah mampu milik berkualiti bermula RM250,000 hingga RM500,000.
"Tahun ini juga kami sudah lancarkan projek perumahan bernilai RM2 bilion yang melibatkan Lembah Klang (50 peratus); Johor (25 peratus) dan Pahang (25 peratus),” kata Cynthia.