Maszlee gesa DAP ambil tindakan terhadap Ramasamy

Iklan
Ciapan di Twitter Maszlee pada Sabtu.

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menggesa supaya DAP mengambil tindakan terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy susulan kenyataan tidak 'sensitif' terhadap orang Melayu.

Jelas bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, parti berkenaan perlu membuat sesuatu bagi mendisiplinkan pemimpin tersebut.

Iklan
Iklan

"(Ramasamy) Liabiliti terbesar kepada Kerajaan Perpaduan. DAP patut buat sesuatu untuk mendisiplinkan beliau sebelum ia terlambat," ciapnya di Twitter pada Sabtu.

Ramasamy pada Jumaat dilaporkan menggesa Anwar supaya mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

Ini kerana, katanya, hujah berkenaan digunakan bekas Perdana Menteri itu untuk menginstitusikan hegemoni Melayu khususnya dalam perkhidmatan awam.

Susulan kenyataan tidak sensitif itu, Ramasamy dikritik pelbagai pihak termasuklah parti sekutunya dalam kerajaan.

Iklan