Tempoh reman pekerja bunuh majikan disambung

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 5 Februari 2023

ALOR SETAR - Seorang pembantu tukang masak yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh majikannya di sebuah restoran di Jalan Stadium, di sini disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tempoh reman ke atas suspek disambung sehingga 16 Februari ini.

Iklan
Iklan

"Tempoh reman selama tujuh hari ke atas suspek sebelum ini berakhir hari ini (Sabtu).

"Reman disambung bagi membolehkan siasatan terhadap kes tersebut diteruskan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pemilik restoran meninggal dunia selepas bertengkar dengan pekerjanya dalam satu kejadian di Jalan Stadium,di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, berlaku pergaduhan kecil antara kedua-dua lelaki masing-masing berusia 68 tahun dan 55 tahun akibat satu perselisihan faham.

Iklan

Perselisihan faham itu dipercayai tercetus antara anak mangsa dan isteri suspek yang marah kerana anak pemilik restoran itu menuang air bilasan pinggan ke dalam bekas peralatan yang telah pun dicuci.

Anak mangsa dan suspek cuba meleraikan pergaduhan namun suspek dikatakan sempat melepaskan tumbukan beberapa kali di muka mangsa.

Mangsa yang masih sedar tiba-tiba rebah sebelum anaknya menghubungi ambulans namun pegawai perubatan yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.