Anggota tentera mengamuk tembak mati 4 rakan sedang tidur

Iklan
Lima anggota terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah kem tentera di utara Mindanao di selatan Filipina pada Sabtu. - Foto hiasan/123RF

MANILA - Empat anggota tentera terbunuh dan seorang lagi parah selepas rakan mereka mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao di selatan Filipina pada Sabtu, lapor Xinhua memtik tentera Filipina.

Penembak berkenaan kemudian ditembak mati.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku kira-kira 1.10 tengah hari waktu tempatan (0510 GMT) di Kem Evangelista di Cagayan de Oro City.

Empat mangsa itu maut di tempat kejadian, kata pegawai bertugas, komando Mejar Tentera Alden Briñas dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

Iklan

Selepas tembakan awal, lelaki bersenjata itu cuba memasuki bilik lain namun dua anggota lain bergelut dengan penyerang lalu merampas senjata apinya dan menembaknya mati, kata Briñas.

Anggota yang cedera parah kini menjalani rawatan di hospital tempatan.

Iklan

Briñas tidak menyatakan punca lelaki itu mengamuk dan siasatan masih dijalankan. - Foto Bernama