Derita tragis si kudung Leon, Poo dikongsi

Iklan
Farahwaheda (kiri) bersama kucing-kucing kesayangannya, Leon dan Poo.

KOTA BHARU - Seorang peniaga berkongsi derita dialami dua ekor kucing jalanan yang ditemui dalam keadaan kudung akibat cedera sebelah kaki sejak dua tahun lalu.

Pencinta kucing tersebut, Farahwaheda Othman, 33, berkata, pasangan Leon dan Poo itu mempunyai kisah tragis masing-masing menyebabkan wanita itu sanggup mengambil haiwan berkenaan untuk dijadikan binatang peliharaan.

Iklan
Iklan

Katanya, Leon, kucing jantan baka kampung bulu panjang ditemui dalam keadaan satu kaki kanan terpotong dan berdarah berhampiran landasan kereta api di Pasir Mas pada tahun 2019.

"Sebelum itu, saya lihat status seorang individu di Facebook dan pergi ke lokasi untuk mencari kucing tersebut.

Iklan
Leon

"Kucing itu berada dalam keadaan ketakutan dan terlompat-lompat seperti arnab ketika cuba didekati. Kaki yang berdarah itu tidak ada tapak atau jari,” katanya ketika ditemui di Program Selamatkan Kucing di kompleks beli-belah di Tunjong di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Haiwan Kota Bharu, Nur Azira Abdullah.

Iklan

Farahwaheda berkata, Poo pula adalah kucing betina baka kampung biasa yang putus kaki dipercayai akibat dilanggar kereta.

Farahwaheda

"Lepas setahun dirawat, kedua-dua kucing ini kini sudah bertambah berat badan sehingga lima kilogram (kg) namun masih trauma dan tidak benarkan kaki dipegang serta akan berpaling muka ke arah lain jika kaki mereka disentuh,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 23 ekor kucing termasuk dari jalanan yang diselamatkannya.

"Kos rawatan kucing banyak disumbangkan oleh orang ramai dan ditambah dengan wang sendiri sekitar RM1,000 sebulan.

"Kaki Leon masih lagi berdarah, saya tidak akan berhenti untuk membantu meringankan deritanya. Kalau pun tak dapat diubati sakitnya, saya akan gantikan dengan mencurahkan sepenuh kasih sayang serta memberinya cukup makan,” ujarnya.