Kenyataan Ramasamy angkuh, tidak hormati sejarah

Iklan
Mahdzir Ibrahim

JOHOR BAHRU - Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam didakwa didominasi orang Melayu disifatkan sebagai angkuh dan tidak menghormati sejarah negara ini.

Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim berpendapat, kenyataan tersebut semata-mata mahu jadi jaguh dalam ideologi politik DAP yang sempit.

Iklan
Iklan

"Logik beliau keadilan dalam pentadbiran kerajaan ialah dengan memecahkan dominasi iaitu monopoli penjawat awam dalam kalangan kaum Melayu kepada kaum lain.

"Dominasi juga boleh difahami sebagai monopoli, ini satu istilah jahat yang digunakan untuk menggambarkan wujudnya ‘polarisasi’ ke atas kaum tertentu. Ini namanya permainan politik hasad.

Iklan

"Dengan kata lain, Ramasamy cuba bermain ayat dengan menyembunyikan sentimen perkauman," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, Ramasamy dilaporkan berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Iklan

Ini kerana dakwanya, hujah berkenaan digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Ramasamy tidak pernah mewakli masyarakat India dalam karier politiknya dan juga tidak pernah dilantik mewakili kaum berkenaan untuk bercakap sebagai pemimpin mereka.

"Malah ada rakan-rakan saya baik Cina atau India, lebih arif dan menyanjung Malaysia sebagai tanah tumpah darahnya," ujar beliau.

Katanya, semua pihak harus faham sejarah negara ini yang mempunyai sejarah panjang dan hakikat Tanah Melayu amat luas satu masa dahulu.

"Semenanjung Malaysia hari ini adalah warisan Tanah Melayu, ini adalah dunia Nusantara yang merangkumi gugusan ribuan kepulauan dari Sumatera hingga ke Papua, dari Myanmar hingga ke Vietnam, semua ini asalnya berakar dari tamadun bangsa Melayu.

"Identiti ini mempunyai hak untuk dipelihara, dikekal atau dipertahankan selagi ia tidak menzalimi mana-mana kaum. Perlembagaan Malaysia lahir dari kesedaran ini," katanya.

Menurutnya, apabila berlaku revolusi atau evolusi dalam kuasa politik, ekonomi dan penghijrahan rentas sempadan sejak ratusan tahun, maka menjadi kewajipan 'keluarga baharu' yang ada di negara ini untuk menghormati nilai, tradisi dan identiti negara baharunya.

"Tanah ini ada haknya. Mengapa ada yang begitu sombong dan enggan untuk sama-sama menghormatinya," soalnya.

Masalah utama dalam pekhidmatan awam katanya, ialah keberkesanan dan kecekapan tadbir urus dan bukan soal bangsa yang menjadi pekerjanya.

"Ini sepatutnya menjadi isu utama dan harus diberi tumpuan bagaimana produktiviti perkhidmatan boleh ditingkatkan. Tidak ada mana-mana kajian empirikal yang mengaitkan potensi seseorang berdasarkan ras bangsanya," katanya,