Status penambahbaikan Velodrom Rakyat akhir bulan ini

Iklan
Adam Adli, Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.

STATUS penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut di peringkat kementerian bagi mencari penyelesaian dan situasi menang-menang untuk semua pihak terlibat.

Iklan
Iklan

"Kementerian ambil maklum perkara yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) malah kita telah perincikan semua aspek kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

"Kita sedia maklum Velodrom Rakyat ini telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM11 juta pada 2016 lalu dan kini difahamkan mengalami kerosakan, jadi kita mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum membuat keputusan, dijangkakan selepas persidangan Parlimen, 24 Februari ini," katanya selepas pelancaran jersi dan pengenalan pemain kelab BRM FC di sini pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini dilaporkan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berharap KBS mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada velodrom tersebut bagi melindungi trek kayu itu.

Saranan itu dibuat selepas pihaknya mendapati ada beberapa kawasan di velodrom itu mulai comot dan bertukar kehitaman kerana keadaannya yang terbuka dan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.

Iklan

Dalam isu berasingan, Adam Adli berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung.

"KBS akan meneliti dahulu perkara tersebut dan memanggil PJS untuk mendapatkan gambaran perkembangan terkini sebelum kita buat keputusan lanjut.

"Kemelut persatuan bola sepak bukan hanya melibatkan di Perak sahaja kerana turut melibatkan di Melaka dan beberapa persatuan sukan yang lain yang masalahnya hampir sama dengan PAFA," katanya. - Bernama