ISTANBUL - Sepasang suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adıyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik badan penyiar negara itu, TRT.
TRT menunjukkan rakaman pasangan suami isteri itu dibawa masuk ke dalam ambulans.