Najib ziarah Syed Ibrahim di hospital

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menziarahi Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dirawat di sebuah hospital di ibu negara akibat jangkitan kuman pada hati.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau mendoakan agar Syed Ibrahim yang juga ADUN Kerdau itu cepat sembuh daripada penyakitnya.

Iklan
Iklan

"Menziarahi Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Exco Kerajaan Pahang. Beliau sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara setelah terkena jangkitan kuman.

"Semoga Datuk Seri Syed Ibrahim segera sembuh," tulis Najib yang dikongsi di akaun Facebooknya.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Syed Ibrahim dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) sejak 13 April dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.