Ujian beban penting untuk pastikan aplikasi berfungsi

Iklan
Ramai pengguna mengadu ekoran masih gagal mengakses aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MyJPJ bagi menyemak salinan lesen memandu dan cukai jalan secara digital sejak Jumaat. (Kiri: Choong Foo)

SHAH ALAM - SHAH ALAM - Kerajaan seharusnya lebih bersedia dengan menjalankan ujian beban secara lebih intensif bagi mengukur prestasi sistem sebelum memperkenalkan aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan atau MyJPJ kepada umum.

Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata, ujian tersebut penting untuk mengenal pasti jumlah pengguna yang boleh melayari sistem itu dalam satu-satu masa.

Iklan
Iklan

"Biasanya ujian beban melibatkan simulasi antara 100 hingga 100,000 pengguna untuk melihat bagaimana perkembangan atau kemampuan aplikasi ini. Dengan ini, kita dapat mengenal pasti had maksimum pengguna yang boleh diterima dalam aplikasi.

"Jenis aplikasi yang besar atau untuk projek nasional seperti ini sepatutnya dijalankan ujian beban lebih intensif supaya dapat beri servis terbaik kepada semua rakyat.

Iklan

"Apa yang kita sedang alami ketika ini misalnya tidak dapat hantar emel, tidak boleh tetapkan kata kunci dan tidak boleh daftar adalah akibat daripada kurangnya simulasi ujian beban.

Pada Jumaat, aplikasi MyJPJ berhadapan dengan masalah kerana menerima jumlah pengguna yang sangat tinggi ekoran pengumuman kerajaan memansuhkan penggunaan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal dan ditukar dalam bentuk digital.

Iklan

Dalam pada itu, Choong Fook turut melahirkan kebimbangan berhubung isu privasi dan keselamatan pengguna.

"Kita mempunyai banyak pengalaman berkaitan kebocoran data secara besar-besaran dan melibatkan peringkat kebangsaan sejak tahun lepas.

"Jadi kami berharap Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak berkuasa terlibat akan mengambil serius dalam mengurus dan melindungi data rakyat Malaysia melalui sistem yang baru dibuat ini,” ujar beliau.