KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,335 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang, Kuala Selangor), malam tadi.
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, empat loji rawatan air tersebut ialah LRA Rantau Panjang serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).