Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit

Iklan
John Tory mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya. - Foto AP

TORONTO - Datuk Bandar Toronto, bandar terbesar di Kanada meletak jawatan selepas mengakui terlibat dalam hubungan sulit bersama seorang bekas kakitangan.

Dalam satu sidang akhbar, John Tory, 68, mendedahkan, beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.

Iklan
Iklan

Tory yang dikenali sebagai individu konservatif dan lurus sebelum ini dianggap mempunyai sikap yang berbeza dengan Datuk Bandar terdahulu Rob Ford.

Ford sebelum ini dibelenggu skandal yang melibatkan minuman keras dan penggunaan dadah.

Iklan

Tory pertama kali dipilih sebagai Datuk Bandar pada 2014, sebahagiannya atas janji untuk memulihkan kehormatan kepada pentadbirannya selepas tempoh bergolak Ford.

Tory baru-baru ini memenangi penggal ketiga.

Iklan

Tempoh empat tahun Rob Ford sebagai Datuk Bandar di bandar terbesar Kanada itu telah dicemari oleh skandal minuman keras dan penggunaan kokain.

Ford kemudiannya meninggal dunia akibat kanser yang jarang ditemui.

Tory berkata beliau berasa kesal dengan perbuatannya dan memohon maaf kepada penduduk Toronto.- Awani