Tiada perbincangan terima Pejuang sertai PH - Fahmi

Iklan
Fahmi (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pejabat Parlimen Lembah Pantai 2023 pada Ahad.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) ketika ini belum mengadakan sebarang perbincangan untuk menerima Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai gabungan itu.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, fokus utama gabungan itu adalah untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"PH pada waktu ini setahu saya belum ada apa-apa perbincangan mengenai perkara ini dan pergolakan dalam mana-mana parti pun adalah isu dalaman mereka. Kita tidak masuk campur.

"Apa yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk terus bermuhasabah serta lalukan yang terbaik selesaikan masalah rakyat.

Iklan

"Sesiapa yang ingin bersama (kerajaan), hal itu perlu dibincangkan dengan pimpinan utama (parti komponen dalam kerajaan)," katanya ketika sidang akhbar Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Pejabat Parlimen Lembah Pantai 2023 di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya bahawa kemelut terkini yang berlaku dalam parti itu disebabkan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhasrat bergabung dengan Kerajaan Perpaduan atau Perikatan Nasional (PN).

Iklan

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, apa sahaja keputusan yang bakal diambil oleh PH perlu dibincangkan secara bersama dengan parti lain dalam kerajaan.

Pada Jumaat, bekas Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain.

Menurut satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).