DAP kerajaan, bukan lagi pembangkang - Anthony

Iklan
Anthony Loke. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook pada Ahad memberi peringatan kepada pemimpin DAP di semua peringkat agar tidak menimbulkan sebarang polemik dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata DAP sebagai antara parti yang membentuk kerajaan Persekutuan harus bertindak serta memainkan peranan sebagai sebuah parti kerajaan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan rakyat.

Iklan
Iklan

"Bagi saya kalau mana-mana pemimpin atau pihak yang menimbulkan apa-apa polemik dalam masyarakat, terutamanya (kerana) kita tahu persekitaran dan juga sentimen politik dalam negara kita, (tindakan ini) adalah tidak produktif langsung yang tidak akan kemana-mana,” katanya pada sidang media Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2022 di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy yang meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu.

Iklan
Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, tiba masanya untuk akar umbi serta pemimpin parti itu untuk melakukan perubahan cara berfikir selain terus mempertahankan budaya politik parti itu yang sentiasa memahami rakyat serta menjaga sikap dan pendekatan supaya tidak berubah menjadi angkuh dan sombong.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Ramasamy, Anthony berkata, DAP akan menggunakan saluran serta pendekatannya yang tersendiri dalam menangani isu itu.

Selain itu, Anthony berkata, DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan cabaran supaya memainkan peranan aktif untuk memperkukuh lagi jentera dan organisasi parti dengan menambah keahlian daripada golongan muda. - Bernama.

Iklan