Pengerusi pertubuhan belia direman salah guna kuasa

Iklan
Suspek (tengah) dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu.

SHAH ALAM - Seorang pengerusi sebuah pertubuhan belia di Johor direman empat hari dipercayai menyalahgunakan wang berjumlah kira-kira RM75,000 milik pertubuhan tersebut untuk kegunaan sendiri.

Suspek yang juga merupakan penjawat awam di Melaka itu ditahan kira-kira jam 5 petang, Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek seorang wanita berumur 40-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

"Suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk menggunakan wang milik pertubuhan tersebut berjumlah kira-kira RM75,000 untuk kegunaan dirinya sendiri.

Iklan

"Perintah reman empat hari bermula 11 hingga 14 Februari 2023 dikeluarkan Majistret Suzana Mokhtar selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka," katanya pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.