Komposisi kaum dalam perkhidmatan awam bukan agenda PH

Iklan
Jason Ong

SHAH ALAM - Menuntut perubahan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam tidak pernah menjadi agenda Pakatan Harapan (PH).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee berkata, 90 peratus kakitangan awam di negara ini terdiri daripada bumiputera dan ia tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana mereka adalah penduduk majoriti di Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ulasan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr P Ramasamy mengenai penguasaan perkhidmatan awam bagi kaum Melayu adalah bertentangan dengan wawasan PH.

"Pandangan Ramasamy dalam isu ini adalah pandangan peribadi beliau dan bukannya mewakili DAP atau kerajaan. Kita harus menumpukan perhatian dan usaha kita ke arah menangani isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup dan mendapatkan peluang pekerjaan untuk penganggur.

Iklan

"Kami percaya, beliau menyedari kesukaran yang dihadapi oleh seluruh negara, terutamanya mereka yang berusaha untuk memenuhi keperluan hidup.

"Keutamaan PH menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Isu perkauman tidak sepatutnya dibangkitkan terutamanya oleh ahli rakan gabungan kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan bahawa penguasaan kaum Melayu dalam perkhidmatan awam bukanlah satu isu.

Tambahnya, keseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam dilihat baik dan pragmatik, namun kerajaan perlu memberi fokus utama untuk menangani isu rakyat.

"Saat ini merupakan detik yang paling penting sebagai sebuah negara apabila perpaduan dan konsep Madani itu sendiri perlu diutamakan.

"Selain itu, usaha yang kolektif perlu dilakukan bagi menyatukan kaum tanpa mengira latar belakang,” ujar beliau.