KUALA TERENGGANU - Seorang pengurus bahagian di sebuah anak syarikat kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.
Penyalahgunaan kuasa itu melibatkan pemberian kerja pembekalan kira-kira lebih 100 keping kad sim bernilai lebih RM4,000 kepada anaknya yang merupakan ejen kepada sebuah syarikat telekomunikasi sekitar tahun 2022.