Siasat punca banjir di Bukit Tinggi - Young Syefura

Iklan
Young Syefura (Gambar kecil: Laporan Sinar Harian.)

BENTONG - Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat melalui kementerian serta agensi yang berkaitan diminta untuk segera menyiasat punca kejadian banjir yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi di sini.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, kejadian banjir kilat yang terbaharu berlaku di kawasan itu pada petang Ahad adalah kali kedua terjadi dalam tempoh tidak sampai setahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan perlu disegerakan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penerokaan atau pembukaan tanah di bahagian atas bukit sehingga menyebabkan bencana itu berlaku.

"Perkara itu perlu diambil perhatian dan tindakan segera agar tidak terus berulang sehingga penduduk menjadi mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Young Syefura berkata, dalam kejadian banjir kilat (kepala air) yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, beberapa aliran air baharu dikesan terbentuk akibat runtuhan batu dan laluan di jalan lama Bentong - Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Thomas Su Keong Siong bersama pegawai Pejabat Ahli Parlimen Bentong akan turun kembali ke kawasan itu untuk mendapatkan maklumat mangsa terjejas bagi urusan bantuan.

Iklan

"Terima kasih dan penghargaan kepada anggota Balai Polis Bukit Tinggi, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba dan Penyelamat Bentong, Bomba Sukarela Bukit Bintang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu membersihkan kediaman dan kedai mangsa terlibat," katanya.