Rashford bukan 'kaleng-kaleng'

Iklan
Rashford (kiri) dan Ten Hag.

MARCUS Rashford disifatkan antara peledak terbaik Eropah, selepas penyerang berprestasi tinggi itu menjaringkan gol keduanya dalam seminggu ketika menentang Leeds United untuk membantu The Red Devils meraih kemenangan 2-0 saingan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Rashford memecah kebuntuan di Elland Road dengan tandukan padu 10 minit sebelum tamat, kini telah menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Iklan
Iklan

"Dari saat pertama, saya sangat teruja untuk bekerja dengannya. Dia mempunyai begitu banyak kemahiran dan potensi yang begitu tinggi.

"Dia boleh menjaringkan lebih banyak gol kerana dia boleh menjaringkan gol dari kanannya, dengan kiri dan dengan kepalanya," kata pengendali Manchester United, Erik ten Hag kepada pemberita.

Iklan

Rebut Rashford musim ini hanya kurang satu daripada kempen menjaringkan gol terbaiknya pada 2019-20, dengan baki 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Ten Hag mengakui gembira dengan tiga mata diraih dari Stadium Elland Road, namun tidak berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukannya.

Iklan

"Saya tidak merasakan intensiti tinggi itu. Namun saya rasa ia adalah suasana yang hebat. Ia mesti dalam persaingan, paling penting mesti seperti ini menyebabkan kami sangat menikmatinya.

"Kami perlu bermain bola sepak pada awal permainan, lebih tenang. Tetapi jika anda tidak begitu baik dalam penguasaan bola, anda perlu mempunyai organisasi pertahanan yang baik dan memenangi pertempuran anda.

"Sehingga anda mempunyai gol pertama, anda perlu terus melakukannya, dan saya fikir mulai saat itu lebih tenang dan kualiti pada bola lebih baik,” kata bekas pengendali kelab Belanda, Ajax Amsterdam itu.