Guardiola mula bimbang status Haaland

Iklan
Status Haaland membimbangkan Guardiola.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berdepan beberapa hari yang membimbangkan menjelang kunjungan ke Arsenal pada Khamis selepas penyerang Erling Haaland terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan.

Pemain Norway itu telah menjaringkan 25 gol dalam 21 penampilan Liga Perdana Inggeris sejak tiba di England dan mencipta gol kedua Manchester City untuk Ilkay Gundogan ketika mengatasi Aston Villa 3-1 di Stadium Etihad.

Iklan
Iklan

Namun mesin gol The Citizens itu gagal muncul pada separuh masa kedua, menyaksikan Guardiola kelihatan kurang yakin tentang peluangnya untuk bermain di Stadium Emirates dalam misi The Citizens merampas status pendahulu liga daripada Arsenal kendalian Mikel Arteta.

"Jka dia tidak bersedia, kami akan menurunkan dia perlawanan satu lagi. Harapnya dia sudah bersedia tetapi kita akan lihat," kata Guardiola.

Iklan

Haaland menghidupkan kerjayanya di Manchester City dengan cemerlang selepas berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.

Untuk rekod, Haaland merupakan pemain keempat dalam sejarah Liga Juara-Juara menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya untuk tiga kelab berbeza (Salzburg, Borussia Dortmund dan Manchester City), selepas Fernando Morientes, Javier Saviola dan Zlatan Ibrahimovic.

Iklan