Hannah bidas kenyataan berunsur perkauman Guan Yik

Iklan
HANNA YEOH

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.

Hannah berkata, hasil semakan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Guan Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya menerusi Twitter pada Isnin.

Beliau turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

Iklan
Iklan

Guan Yik yang kini berada di China mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi akaun TikToknya.