KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati 30 peratus rakyat Malaysia merasakan hutang mereka membebankan, yang dilihat menjadi masalah jangka masa panjang dalam kalangan pekerja bergaji di Malaysia.
Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan BNM, Nor Rafidz Nazri berkata, hutang ini diperoleh semasa awal bekerja, semasa usia muda mereka yang lazimnya untuk tujuan tidak produktif.
"Tingkah laku ini sering didorong oleh kebimbangan terlepas menikmati gaya hidup. Selain itu, sesetengah hutang adalah untuk perbelanjaan luar jangka seperti kemalangan atau kematian satu-satunya individu yang menjadi penanggung keluarga.
"Risiko sebegini sebenarnya boleh diuruskan melalui perlindungan insurans seperti skim Perlindungan Tenang,” katanya semasa pelancaran kempen Cabaran Kesejahteraan Sosial #NoFOMO (#NoFOMOChallenge) baru-baru ini, di sini.
Melalui perlindungan asas yang disediakan di bawah Perlindungan Tenang, rakyat Malaysia boleh melindungi diri dan keluarga mereka dengan premium/caruman serendah RM30 setahun, untuk perlindungan di antara RM10,000 dengan RM30,000.
Nor Rafidz berkata, Kaji Selidik FCI 2021 juga mendapati pengurusan risiko kewangan peribadi bukan satu perkara lazim dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 47 peratus rakyat Malaysia menghadapi kesukaran mengumpulkan dana kecemasan sebanyak RM1,000.
Selain itu, satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak berminat untuk mendapatkan insurans atau perlindungan takaful, katanya.
Sebanyak 27 peratus rakyat Malaysia pula bimbang mengenai kemampuan mereka untuk menampung perbelanjaan hari tua, dengan 50 peratus belia Malaysia tidak memikirkan sebarang strategi persaraan.
"Sikap seperti hidup untuk hari ini dan biarlah esok yang menentukannya perlu dielakkan.
"Kita seharusnya menguruskan risiko kewangan peribadi secara aktif untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan semasa keadaan luar jangka untuk mencapai kesejahteraan kewangan,” katanya.
Beliau berkata, sebagai ahli Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan di Malaysia, BNM menjalankan Kaji Selidik FCI secara berkala untuk mengukur kemajuan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kaji Selidik FCI telah dijalankan pada 2015 dan 2018, manakala yang terbaru dilaksanakan pada 2021 apabila ekonomi dibuka semula ekoran pandemik Covid-19.
Sementara itu, kempen #NoFOMOChallenge, anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan 16 syarikat ahli LIAM, menyasarkan generasi muda memandangkan kumpulan ini merupakan segmen sasaran utama dalam agenda pendidikan pengguna industri itu.
Presiden LIAM, Loh Guat Lan berkata, pihaknya telah terlibat secara aktif dengan generasi muda sejak bertahun-tahun.
Ini kerana penting untuk golongan itu dilengkapi dengan pengetahuan kewangan dan perlu didedahkan kepada perancangan kewangan peribadi seawal mungkin, katanya.
Beliau berkata, usaha ini akan memastikan kalangan orang muda boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab dari segi kewangan.
"Kami berusaha untuk mendekati lebih ramai orang muda supaya mereka didedahkan dengan nilai dalam kehidupan.
"Pendidikan pengguna yang berterusan dilihat sebagai strategi untuk memerangi tanggapan salah terhadap insurans, untuk mendidik mengenai isu utama dan membimbing mereka menjadi pengguna yang berpendidikan.
"Oleh itu, memupuk tabiat kewangan yang sihat lebih awal boleh menjadi asas yang kukuh, membawa kepada tindakan membuat keputusan kewangan yang lebih baik, dan mengurangkan kemungkinan terjerumus ke dalam hutang atau masalah kewangan di kemudian hari,” katanya.
Guat Lan berkata, strategi LIAM melalui #NoFOMOChallenge adalah mendekatkan belia kepada industri, di samping melibatkan pemikir utama atau pempengaruh adalah cara lain untuk menarik minat mereka.
Kempen yang berlangsung sehingga Mei 2023 bertujuan menerapkan tabiat kesejahteraan sosial dan menggalakkan mereka mempromosikan kepentingan perancangan kewangan melalui elemen fizikal, emosi atau kewangan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell berkata, dengan menggunakan slogan 'Live Well, No Fear of Missing Out', kempen itu menjemput belia untuk mencipta idea kandungan video pendek menggunakan humor, ‘meme’, tragedi atau drama berdasarkan ketiga-tiga elemen utama.
Kempen itu juga menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM42,000.
Layari www.nofomo.my untuk maklumat lanjut. - Bernama