Ekspoitasi lima beranak: 13 Mac keputusan representasi

Iklan

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menetapkan 13 Mac depan bagi keputusan representasi seorang bekas penyelia ladang yang didakwa atas lima pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di sebuah ladang di Jempol antara 2008 hingga 2021.

Hakim Datin Surita Budin menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam, M.Gobinathan yang mewakili tertuduh, L.Jayaseelan, 51, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Iklan
Iklan

Dalam prosiding sebutan semula kes, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi memaklumkan dokumen berkaitan kelima-lima pertuduhan telah diserahkan kepada pihak peguam untuk diteliti pada Isnin.

Berdasarkan pertuduhan, Jayaseelan didakwa telah memperdagangkan satu keluarga yang melibatkan lima mangsa iaitu S.Veerasamy, 47, isterinya, A.K.Rajeswarii, 40, anaknya V.Shasikala, 20, dan V.Anbarasi, 23 serta menantunya, P.Aridasan yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan di Ladang Bukit Tinggi Rompin, Jempol antara 2008 hingga 17 November 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan ke atas tertuduh dilanjutkan dan kes akan disebut semula pada 13 Mac depan untuk keputusan representasi.

Media sebelum ini melaporkan L.Jayaseelan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di Ladang Bukit Tinggi Rompin, Jempol antara 2008 hingga November 2021.

Bagimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil.