Haslihelmy tawar diri tanding Ketua Pemuda UMNO Bentong

Iklan
Haslihelmy

KUANTAN - Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong pada pemilihan parti yang dijadualkan bermula bulan ini.

Haslihelmy, 36, menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana mahu terus menyumbang idea dan tenaga dalam memantapkan semula parti Melayu terbesar itu.

Iklan
Iklan

Beliau yakin dengan pengalaman hampir 15 tahun dengan UMNO mampu memberi idea kepada kepimpinan UMNO Bahagian Bentong untuk memulihkan sokongan rakyat khususnya di Bentong.

"UMNO memerlukan barisan kepimpinan mantap yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalaman untuk mengembalikan kegemilangan parti.

Iklan

"Saya sebagai orang muda dan pernah berada dalam UMNO sejak usia 22 tahun dilihat boleh memberi nafas baharu kepada UMNO di Bentong.

"Saya sedar cabaran besar utama adalah menarik minat dan sokongan orang muda untuk kembali menyokong UMNO. Maka oleh itu, saya bersedia mendepani perkara utama ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau menjelaskan, UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu dan perubahan perlu dilakukan selaras perkembangan semasa bagi mengembalikan parti ini di hati rakyat.