Kerajaan Israel benarkan 9 penempatan baharu di Tebing Barat

Iklan
Kerajaan Netanyahu membenarkan sembilan penempatan dibuka di Tebing Barat. - Foto EPA

BAITULMAQDIS - Kerajaan Israel pada Ahad membenarkan sembilan penempatan dibuka di Tebing Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Keputusan itu sebagai tindak balas terhadap dua serangan di Baitulmaqdis baru-baru ini yang mengorbankan 10 warga Israel, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Iklan
Iklan

Sembilan komuniti berkenaan telah mendiami kawasan itu sejak bertahun-tahun termasuk sebahagiannya yang wujud selama berdekad, menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa perancangan akan bersidang dalam tempoh beberapa hari akan datang untuk meluluskan rumah di penempatan baharu itu.

Iklan

Ini merupakan keputusan pertama kerajaan meluluskan bangunan baharu di penempatan Israel sejak Netanyahu memegang jawatan itu dua bulan lepas.

Israel menguasai Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur selain wilayah lain semasa Perang Enam Hari 1967.

Iklan

Kira-kira 600,000 warga Israel kini menetap di lebih 200 penempatan di situ.

Pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penempatan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa Israel menghentikan semua aktiviti penempatan. - Bernama