Bendera parti politik bongkar kegiatan guna bubu naga

Iklan
Pegawai Maritim Malaysia merampas bubu naga yang ditemui. Gambar kanan. Penemuan bendera di perairan Kerian membongkarkan kegiatan perikanan menggunakan bubu naga. -- Foto ihsan Maritim Malaysia

PARIT BUNTAR - Penemuan bendera sebuah parti politik yang mencurigakan berjaya membongkarkan kegiatan perikanan menggunakan bubu naga di perairan Kerian.

Dalam kejadian itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak berjaya merampas 105 bubu naga bernilai RM7,350 di dua lokasi berasingan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bendera terbabit disyaki menjadi penanda kepada bubu naga ketika bot Maritim Malaysia melakukan rondaan rutin di lokasi kejadian.

"Sebanyak 52 unit bubu naga lagi telah ditemukan pada waktu yang sama namun di kedudukan enam batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada Ahad," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, kesemua bubu naga terbabit dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Iklan