Pelajar kolej ditahan bantu siasatan kes rogol

Iklan
Gambar hiasan

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di sebuah rumah sewa di daerah ini, Selasa lalu.

Pelajar kolej berusia 17 tahun itu ditahan selepas keluarga mangsa menyerahkannya kepada pihak polis kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berkenalan dengan mangsa berusia 14 tahun pada Oktober tahun lalu melalui aplikasi Telegram dan turut berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, suspek datang ke rumah gadis berkenaan pada Selasa minggu lalu dan membawa mangsa keluar bersiar-siar tanpa pengetahuan keluarga sebelum membawa mangsa ke bilik sewanya.

Iklan

"Perbuatan itu terbongkar selepas abang mangsa memeriksa telefon bimbit mangsa pada 10 Februari lalu dan mendapati mangsa ada berhubung dengan suspek.

"Abang mangsa mengesyaki mangsa melakukan hubungan bersama suspek dan membawa adiknya itu bertemu suspek sebelum menyerahkan suspek ke balai polis," katanya ketika dihubungi, di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut Hanyan, difahamkan suspek melakukan hubungan kali kedua bersama mangsa selepas melakukan perbuatan sama pada Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula Isnin dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan melibatkan kes rogol remaja bawah umur.