Terkejut dua biji tomato RM9

Iklan
Rayaan Naufal memuat naik hantaran di Facebooknya dan mendapat pelbagai maklum balas dari netizen.

MELAKA - Seorang lelaki terkejut apabila perlu membayar RM9 untuk harga dua biji tomato seberat kira-kira 200 gram yang dibeli dari sebuah kedai runcit kampung di Bukit Pulau, di sini pada Isnin.

Rayaan Naufal Osman, 30, berkata, dia singgah di kedai itu kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk membeli cili kering dan tomato.

Iklan
Iklan

"Peniaga itu kemudian beritahu harganya RM9 membuatkan saya bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama dan saya terus membayarnya walaupun agak terkejut," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, sebelum pulang ke rumah dia singgah ke sebuah kedai runcit di Bukit Baru untuk membeli cili kering dan dalam masa sama meminta tolong peniaga itu menimbang tomato yang dibelinya.

Iklan

"Saya rasa agak mahal bila dua biji tomato berharga RM9. Selepas timbang, peniaga memberitahu harga dua biji tomato dengan berat sekitar 200 gram hanya berharga RM2.50.

"Peniaga itu terus menjelaskan harga sekilogram tomato pada ketika ini adalah RM11," katanya.

Iklan

Ujarnya, merasakan harga tersebut tidak masuk akal, dia kemudian bertindak berkongsi kejadian itu di Facebooknya dan mendapat pelbagai reaksi netizen.